Monday, July 20, 2015

Just keep stepping

Antara kata hikmat untuk kali ini ialah 'always never give up'. Kalau anda jatuh, jangan putus asa untuk bangun kerana anda telah belajar dari itu. Siapa yang akan berjaya ke puncak kalau bukan dia telah memulakan langkahnya dari bawah. Usaha tangga kejayaan. Jangan kita harapkan kejayaan sahaja tanpa usaha. 'Man Jadda Wa Jada'.
Every time you fall down, it teaches you how to step forward. And if you decide to give up, it will pull you down to the bottom of the beginning.


Sayangi kazanah alam

Kami Homeroom Pn  Marziana ingin mengingatkan semua pembaca untuk sentiasa menghargai kurniaan Tuhan terhadap alam sekitar. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memelihara khazanah alam di negara kita. Bersama-sama kita berganding bahu memulihara hidupan liar yang terancam di negara kita. Segala perubahan yang kita inginkan terletak pada kemahuan kita untuk mengubahnya.
Let us make a better place to live for the next generation


Thursday, July 16, 2015

Kemenangan bukan kerana seorang

Setelah tiga tahun bersama-sama mengharungi cabaran sebagai satu homeroom, kami telah membina kasih sayang dan ikatan antara setiap ahli homeroom. Walaupun banyak bergaduh, kami tetap berbaik semula. Tapi, saya harap tidak akan ada benda-benda alah yang akan menggangu keharmonian homeroom kami. Saya harap, peribahasa ini akan tetap digenggam oleh kami. Air yang dicincang tidak akan putus.
What we build now as a success for tomorrow. Not as second-hand goods for today



Khas untuk peminat bola sepak

Bersempena dengan tarikh hari ini, 16/7/15, peminat-peminat #Gareth_Bale dan #Real_Madrid, marilah kita ucapkan selamat hari lahir kepada Gareth Bale. 
A living legend is still running and scoring.


Zaman persekolahan yang menghiburkan

Semasa dalam proses untuk menyiapkan blog dan video homeroom, Encik Presiden telah berkunjung ke rumah saya untuk membuat persiapan. Tanpa dirancang, kami telah bersama-sama mengambil gambar di 'Botanical Garden' di rumah saya. Saya sudah ambil gambar dia baik-baik, tiba-tiba dia pula ambil gambar saya tidak berapa jelas. Agaknya mungkin dia agak gementar.
Your world would be shining like the stars if there is a sacrifice for you as the darkness and it is from your best friend.




Muslim's World

Baiklah, kami Homeroom Pn Marziana ingin mengingatkan semua Muslimin dan Muslimat yang membaca blog ini supaya sentiasa dekat dengan Allah. Lihatlah foto di bawah. Subhanallah.
Always realize that a good motivation is to be shared


English Lesson for today

Bersempena dengan tahun 2015 ini, iaitu tahun kami pelajar tingkatan 3 mengambil peperiksaan PT3, saya ingin berkongsi sedikit tips untuk PT3. Sekarang, di bawah ini adalah nama-nama bagi kumpulan haiwan. Ini cuma 4. Kalau nak lagi search "http://list25.com/25-strange-names-for-groups-of-animals". Kalau ada kesempatan, ambillah peluang keemaasan ini.
Everything that nature teaches you is unbelievable


Penutup majlis perkahwinan

Sebelum balik ke maktab selepas selesai menghadiri kenduri kahwin kakak Shu, ada tiga orang yang sempat ber'selfie'. Hari ini dah la sudah panas, mereka boleh lagi buat 'hot'. Kami yang lain sudah berpeluh-peluh. Tidak mengapalah. Biarkan budak-budak berseronok.
A fake smile can still makes the world shining. But, it is not as good as the real one.


Majlis perkahwinan kakak Shuhada

Hai! Homeroom kami ada buat satu lawatan ke majlis perkahwinan kakak Shuhada. Kami pergi satu hari sampai tengah hari sahaja. Dekat maktab susah hendak dapat makan sedap-sedap. Jadi, hehehe. Tidak kira lelaki atau perempuan sama sahaja kami. Semua buat muka tiga kupang sahaja hetam nasi minyak dua ke tiga pinggan. Pengantinnya secocok bagai pinang dibelah dua. Baju pun sudah hijau macam daun pokok pinang. Hiasan dekat tepi pun sudah menggambarkan buah pinang. Peribahasa Melayu memang tidak lapuk dek zaman.
The thing that is very difficult to find is the true love




Simple makes perfect

Kami, Homeroom Pn Marziana sentiasa mengharapkan yang terbaik dalam menghasilkan tugasan. Biar penat lelah dan masa yang dikorbankan itu tidak sia-sia. Tetapi itu bukan bermakna tugasan yang dihasilkan rumit. Just do it smartly.
The things that you are generating are not complex so that they will be incredible. But, they are simple so that they will be awesome.



Persiapan bagi Pertandingan 5S & Pertandingan 3K

Untuk tahun ini, banyak aktiviti yang dilakukan bersempena dengan matlamat maktab untuk menjadi johan bagi Pertandingan 5S dan Pertandingan 3K. Kalau pertandingan begitu mestilah ada aktiviti gotong-royong. Sesungguhnya, kebersihan itu sangat dititik beratkan dalam agama Islam.
Everybody wants the perfect world.



Relaxing Your Mind

Marilah kita rehatkan minda sambil menonoton video pendek ini. Sesuai ditonton oleh semua peringkat umur.
Have a break, have a Kit Kat

Pertandingan Inovasi Muslimah


Antara aktiviti homeroom kami pada tahun ini ialah perbincangan bagi Pertandingan Inovasi Muslimah. Perbincangan kami disertakan dengan gurau senda antara kami semua. Walaubagaimanapun, tugasan tetap diutamakan. Hasilnya, 'Muslimah Kit'. Sebuah bekas serbaguna yang dilengkapi dengan barang keperluan untuk beribadah seperti tasbih, sejadah, telekung, debu tayyamum dan bermacam-macam lagi. 
Now, Doraemon's pocket is for everyone.




Blog Harapan

Kami, Homeroom Pn Marziana mengharapkan agar blog ini akan berjaya menjulang anugerah blog terbaik buat tahun ini. Walaupun blog ini tidak begitu sempurna, tapi blog ini sudah cukup bermakna buat homeroom kami. 
We are one in a million.